BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

10 Kebaikan Serum Muka

0 2,580

1. Melembapkan dan Menyihatkan

Pada masa kini, serum muka merupakan produk yang wajib ada dalam skincare routine harian anda. Ia biasanya diperbuat daripada ekstrak buah-buahan, sayur-sayuran dan mineral semulajadi sehingga dapat melembapkan dan menyihatkan kulit muka dengan baik.

2. Mengenyalkan dan Mengetatkan

Kebaikan serum muka yang seterusnya adalah untuk mengenyalkan dan mengetatkan kulit muka. Ia biasanya mengandungi kolagen yang dapat membuatkan kulit muka menjadi kenyal. Selain itu, kulit yang kenyal juga adalah tanda-tanda bagi kulit sihat.

3. Menghaluskan

Adakah kulit muka anda kasar, kering dan kusam? Penyelesaianya adalah anda perlu menggunakan serum muka secara rutin, lalu anda akan mendapatkan kulit muka yang sangat halus seperti kulit bayi.

4. Mencerahkan

Beberapa serum muka yang dihasilkan khusus untuk anda yang ingin mencerahkan kulit muka. Ia biasanya mengandungi vitamin C dan Alfa Arbutin yang mana berfungsi untuk mencerahkan kulit muka.

5. Mencegah Proses Penuaan Kulit

Kebaikan serum muka yang berikutnya adalah untuk mencegah berlakunya penuaan kulit. Serum anti-aging dapat mengatasi masalah penuaan kulit seperti garis-garis halus, kedutan, pigmentasi dan lain-lain lagi. Kulit muka anda akan kelihatan lebih awet muda jika anda rutin menggunakan serum.

6. Menyamarkan Bintik Hitam

Bintik hitam merupakan masalah kulit yang akan dirasai ketika anda melangkah usia 25 tahun ke atas. Bagi menyamarkan bintik hitam, anda perlu menggunakan serum sebelum menggunakan makeup dan semasa akan tidur.

7. Anti-Pencemaran dan Radiasi

Dewasa ini, udara persekitaran dalam keadaan tercemar dan memerlukan anda untuk melindungi kulit daripadanya. Kebaikan serum muka yang selanjutnya adalah sebagai anti-pencemaran dan radiasi. Oleh itu, anda perlu menggunakan serum sebelum keluar rumah supaya terhindar daripada pencemaran, radikal bebas dan radiasi.

8. Sesuai Untuk Kulit Berminyak

Anda mungkin pernah berfikir bahawa serum mempunyai tekstur yang serupa seperti minyak, lalu anda beranggapan serum tersebut tidak sesuai untuk kulit berminyak. Sebaliknya, kulit berminyak masih tetap memerlukan serum. Selain itu, juga pelembap muka lebih lama menyerap ke kulit dan sesetengahnya tidak boleh digunakan dengan makeup.

Lebih-lebih lagi, serum adalah pelembap muka yang ringan dan lebih cepat menyerap ke dalam kulit. Ia juga menjadikan kulit lebih lembap tanpa membuat muka menjadi lebih berminyak. Jadi, serum dapat mengawal minyak yang berlebihan kerana kulit anda sudah cukup melembapkan.

9. Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Selain kulit berminyak, kulit sensitif juga sangat disyorkan untuk menggunakan serum. Hal ini kerana, kulit sensitif lebih sensitif ketika terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan, sensitif ketika terkena kosmetik yang tidak sesuai dengan muka serta akhirnya timbul masalah kulit seperti acne dan breakout-prone skin.

10. Makeup yang Tahan Lama

Manfaat serum muka yang terakhir adalah dapat menjadikan makeup tahan lebih lama. Hal ini kerana ianya dapat mengatasi masalah makeup yang cepat luntur dan mengelak daripada terjadinya breakout yang teruk.

Baca Lagi: 10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.