Utama Muka 10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Serum muka mempunyai tahap kelembapan yang lebih tinggi daripada pelembap muka. Hal ini kerana serum boleh menyerap kulit muka dengan lebih cepat daripada krim pelembap biasa. Komposisi serum yang lebih ringan daripada pelembap biasa sehingga tidak akan menjadikan pori-pori muka tersumbat. Terdapat pelbagai jenis serum pada masa kini dan berikut adalah 10 jenis serum muka.

Jenis-jenis Serum Muka

1. Serum vitamin A

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 1

Jenis serum ini semestinya mengandungi Vitamin A yang dapat membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen, mengembalikan keadaan kulit setelah terkena sinaran UV dan mampu meratakan warna kulit anda. Kebiasaannya, kandungan vitamin A terdapat pada produk serum anti-aging.

2. Serum vitamin C

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 2

Serum vitamin C adalah jenis serum yang paling popular kerana semua orang tahu akan kelebihan vitamin C yang sangat baik untuk kulit lalu mereka lebih memilih ia berbanding serum vitamin A. Manfaat serum vitamin C adalah berfungsi sebagai anti-oksidan dan sintesis kolagen yang dapat menghalang proses penuaan pada kulit. Selain itu, serum yang mengandungi vitamin C juga berfungsi sebagai anti-radang yang mana dapat merawat kulit luka kerana terdedah dengan sinaran matahari, jerawat dan sebagainya.

Jika anda mengalami masalah seperti pigmentasi, kulit kusam dan tanda-tanda penuaan pada kulit, anda disarankan menggunakan serum vitamin C mulai sekarang. Sekiranya anda menginginkan juga untuk mendapatkan kulit yang cerah, gunakan serum dengan vitamin C rendah yang tidak melebihi dari 15% manakala untuk merawat kulit yang rosak, gunakan serum dengan kandungan vitamin C tinggi yang melebihi dari 20%.

3. Serum vitamin E

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 3

Selain serum vitamin C, serum vitamin E adalah peringkat serum yang paling disukai oleh orang ramai dan ia sangat baik untuk kulit terutamanya kulit muka. Serum ini juga mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan kandungan ini akan membentuk lipofuscin iaitu lemak yang dapat menghalang berlakunya penuaan.

Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan semulajadi kulit sehingga kulit anda akan berasa lembap seharian dan melindungi kulit anda daripada pencemaran udara seperti asap rokok, asap kenderaan, radiasi dan sinaran matahari. Jadi, selain menjadikan kulit tetap cantik, serum vitamin E ini juga akan menghalang radikal bebas sehingga anda terhindar daripada bahaya kanser kulit.

4. Anti-aging

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 4

Pada usia di atas 30 tahun anda harus bermula memilih produk skincare seperti anti-aging serum dan ia juga dikenali sebagai serum kolagen. Seiring bertambahnya usia, kolagen dalam badan manusia akan berkurangan. Oleh itu, serum kolagen diperlukan untuk menjadikan dan menjaga kulit agar lebih kencang.

5. Anti-inflammatory

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 5

Jenis serum yang seterusnya adalah anti-inflammatory serum dan biasanya ia mengandungi bahan-bahan yang menenangkan kulit rosak seperti lidah buaya, green tea dan hyaluronic acid. Oleh itu, fungsi anti-inflammatory serum adalah untuk merawat kulit yang terbakar, rosak ataupun iritasi.

6. Anti-acne

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 6

Kebanyakan daripada anda menjadikan serum ini sebagai pilihan serum yang utama. Hal ini kerana ia sangat efektif untuk membersihkan muka daripada jerawat dan juga diperlukan sebagai pencegahan agar jerawat tidak akan kembali lagi.

7. Moisturizing

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 7

Anda boleh mengatakan bahawa moisturizing serum adalah serum harian kerana ia digunakan setiap hari sebelum menggunakan makeup. Selain itu, ia berfungsi untuk melembapkan disebabkan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti lidah buaya, vitamin E dan essential oil.

8. Hydrating

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 8

Hydrating serum merupakan versi moisturizing serum yang dipertingkatkan kerana ia juga melembapkan tetapi lebih kuat. Hydrating serum biasanya dihasilkan dengan kandungan moisturizer yang tinggi seperti minyak argan dan minyak bunga mawar.

9. Whitening

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 9

Whitening serum ini merupakan salah satu produk yang paling laris di negara ini. Selain itu, ia dapat mencerahkan sekaligus menghalang daripada kulit kusam dan menjadikan kulit lebih glowing dengan semulajadinya.

10. Exfoliating

10 Jenis Serum Muka Dalam Rutin Penjagaan Kulit 10

Jenis serum ini sangat berbeza dengan serum-serum yang lain kerana ia sangat special dan mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Selain itu, ia berfungsi untuk menanggalkan kotoran, mengurangkan kedutan, memperbaiki pigmentasi dan menjadikan kulit halus dan lembut. Produk ini juga sangat baik untuk orang yang jarang sekali melakukan eksfoliasi muka dan kulit muka yang sering mengalami kekeringan.

Baca Lagi: 10 Kebaikan Serum Muka

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...