Utama Badan 10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Daki merupakan pengumpulan sel-sel kulit mati, peluh dan kotoran hitam yang melekat pada kulit terutamanya pada kawasan lipatan iaitu belakang telinga, leher, ketiak, siku, lutut, paha dan betis. Sekiranya anda membiarkan daki terus berkumpul pada kulit, ia akan menyebabkan permukaan kulit menjadi melekit sehingga menimbulkan masalah kulit yang lainnya. Berikut adalah sepuluh cara untuk menghilangkan daki yang degil pada kulit badan anda iaitu:

1. Lemon

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 1

Lemon mengandungi citric acid yang dapat membuatkan kulit kelihatan lebih cantik dan berseri secara semulajadi. Tambahan pula, ia memiliki vitamin C yang sangat baik untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencerahkan kulit anda. Jadi, ia dapat digunakan untuk menghilangkan daki di kawasan sekitar leher, ketiak dan paha.

Caranya adalah dengan anda perlu perah lemon tanpa air ke kulit yang gelap dengan menggunakan kapas. Anda juga boleh tambahkan air untuk mengurangkan kesan sensitif pada kulit. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 20 minit dan basuh dengan air sejuk.

2. Kopi

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 2

Kopi bukan sahaja boleh diminum tetapi ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan daki yang degil pada kulit badan anda. Caranya adalah dengan mengambil beberapa sudu serbuk kopi dan campurkan dengan air suam. Kemudian, sapukan pada kawasan kulit yang berdaki dengan menggunakan air kopi tersebut. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 20 minit dan basuh dengan air bersih.

3. Minyak Almond

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 3

Almond mengandungi vitamin E yang tinggi untuk menjaga kesihatan dan kecerahan kulit dengan sangat berkesan. Oleh itu, hampir semua produk kecantikan menggunakan bahan almond tersebut. Caranya adalah dengan mengambil lima hingga lapan biji buah almond dan haluskan. Kemudian, campurkan satu sudu teh susu dan madu serta sapukan bahan tersebut ke seluruh bahagian kulit badan yang berdaki. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 30 minit dan basuh dengan air bersih.

4. Oats

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 4

Oats berfungsi untuk membantu dalam menghilangkan sel-sel kulit mati dan daki pada kawasan kulit yang muncul di sekitar leher, ketiak dan paha anda. Bahan-bahan lain yang digunakan untuk membuat paste adalah tomato kerana ia mempunyai kesan yang baik dalam mencerahkan kulit. Sediakan dua sudu teh oats dan kisar secara kasar serta tambahkan potongan tomato kecil agar menjadi paste.

Kemudian, sapukan campuran tersebut pada kawasan kulit anda yang berdaki. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 20 minit, gosok dan urut dengan lembut serta basuh sehingga bersih dengan menggunakan air sejuk. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu melakukan cara tersebut selama dua kali dalam seminggu.

5. Yogurt

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 5

Yogurt mengandungi asid yang dapat menghilangkan kotoran pada kulit badan anda. Ianya boleh dijadikan sebagai alternatif bagi membersihkan kulit. Caranya adalah dengan mencampurkan yogurt dan jus lemon dengan nisbah 1:1. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada kawasan kulit yang berdaki dan gosok dengan perlahan. Seterusnya, biarkan ia selama 15 minit dan basuh dengan air yang bersih.

6. Baking Soda

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 6

Baking soda berfungsi untuk membersihkan kulit dan menghilangkan daki secara perlahan-lahan. Campuran di antara air dengan baking soda sangat berkesan dalam menghilangkan hiperpigmentasi yang boleh membentuk daki pada kawasan di sekitar kulit badan anda.

Caranya adalah dengan mencampurkan tiga bahagian baking soda dengan satu bahagian air untuk membuat paste. Kemudian, sapukan pada kawasan kulit anda yang berdaki dan gosok dengan perlahan. Seterusnya, biarkan ia selama beberapa minit dan basuh dengan air sehingga bersih. Untuk mendapatkan hasil yang diingini, anda perlu melakukan cara tersebut selama dua kali dalam seminggu.

7. Minyak Zaitun

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 7

Bahagian lipatan pada tubuh badan anda seperti ketiak, leher, siku dan paha adalah bahagian yang agak susah untuk daki yang degil dihilangkan. Dengan menggunakan minyak zaitun, daki pada bahagian ini dapat dihilangkan secara efektif.

Caranya adalah dengan memanaskan terlebih dahulu minyak zaitun sebelum digunakan untuk menghilangkan daki. Kemudian, sapukan minyak zaitun yang telah dipanaskan tadi pada kawasan kulit badan yang berdaki. Seterusnya, biarkan ia selama beberapa minit dan basuh dengan menggunakan air suam.

8. Lidah Buaya

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 8

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloevera mempunyai fungsi yang dapat melembapkan dan mencerahkan kulit agar kelihatan lebih sihat dan cantik secara semulajadi. Bahkan juga, ia dapat mengurangkan bintik hitam yang degil pada kulit dan mengandungi antioksidan yang mampu membantu dalam pembaikan sel-sel kulit mati.

Caranya adalah dengan memotong dan mengupas lidah buaya dari kulitnya. Selepas itu, ambil bahagian gel yang terdapat pada lidah buaya tersebut. Kemudian, sapukan pada kawasan kulit yang berdaki dan gosokkan pada bahagian yang anda perlukan. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 20 minit dan basuh bahagian tersebut dengan air suam. Anda perlu melakukan cara tersebut secara kerap sehingga mendapatkan perubahan yang diingini pada kulit.

9. Strawberi

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 9

Strawberi mempunyai pelbagai fungsi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan badan. Antara fungsinya adalah dapat menghilangkan daki pada tubuh badan anda. Caranya adalah dengan menghaluskan buah strawberi dan mencampurkannya dengan satu sudu madu. Kemudian, sapukan campuran tadi ke seluruh kawasan badan yang berdaki dan urut dengan perlahan. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 10 minit dan basuh dengan menggunakan air bersih.

10. Minyak kelapa

10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda 10

Minyak kelapa mengandungi vitamin E yang dapat menggantikan sel-sel kulit mati dengan yang baru. Selain itu, ia juga boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih lembap dan segar sepanjang hari. Caranya adalah dengan mengambil tiga sudu teh minyak kelapa dan setengah gelas jus lemon. Kemudian, campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapukan ke seluruh kawasan kulit anda yang berdaki. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 30 minit dan basuh dengan air yang bersih.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...