BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi

0 1,085

Kebanyakan orang menganggap bahawa mempunyai bulu ketiak merupakan suatu masalah yang besar bagi wanita. Keadaan ini boleh mengurangkan tahap keyakinan diri, berasa tidak selesa dan juga merasakan ketiak menjadi berbau. Jadi, sesetengah wanita di luar sana berasa tidak selesa dengan adanya bulu ketiak dan memilih untuk menghilangkannya dengan pelbagai cara. Anda perlu ketahui terdapat beberapa cara menghilangkan bulu ketiak yang dapat membahayakan badan anda. Namun bulu ketiak juga mempunyai banyak manfaat serta fungsinya tersendiri bagi kulit badan anda.

Cara Menghilangkan Bulu Ketiak

Terdapat banyak cara untuk menghilangkan bulu ketiak seperti melakukan rawatan ke doktor kulit (aesthetic) dan juga boleh dilakukan sendiri di rumah. Berikut adalah cara menghilangkan bulu ketiak secara semulajadi yang selamat dan selesa untuk dilakukan sendiri di rumah.

1. Limau nipis

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 1

Limau nipis ini mengandungi vitamin C yang tinggi dan berfungsi untuk menghilangkan rambut halus pada kulit ketiak anda. Caranya adalah dengan memotong limau nipis menjadi dua bahagian. Kemudian, limau nipis tadi digosokkan pada kulit ketiak anda secara rata. Lakukan rawatan ini setiap hari sebagai pengganti deodoran anda.

2. Kunyit

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 2

Kunyit mengandungi minyak volatile yang berfungsi sebagai anti-inflammatory. Selain itu, ia mengandungi curcumin yang berguna sebagai anti-oxidants yang boleh meneutralkan radikal bebas pada kulit. Ia juga berfungsi untuk mencerahkan kawasan kulit ketiak anda.

Cara untuk menggunakannya adalah dengan sediakan 2 sudu teh makan serbuk kunyit atau 2 ruas jari (2 pertiga jari) kunyit yang perlu dihaluskan terlebih dahulu. Kemudian, tambahkan air sehingga berbentuk paste (pes) dan sapukan pada kulit ketiak anda secara rata. Biarkan selama lebih kurang 30 minit. Bersihkan dengan air suam.

3. Kapur sirih

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 3

Kapur sirih ini mengandungi cavinol, caravol, cadinene yang sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Namun, bagi anda yang mempunyai kulit sensitif perlu berunding dengan doktor terlebih dahulu kerana bahan-bahan pada kapur sirih ini bersifat panas. Ia juga dapat dimanfaatkan sebagai cara untuk menghilangkan bulu ketiak dan memutihkannya. Selain boleh mencerahkan kulit ketiak, ia juga dapat mengurangkan atau menghilangkan bulu ketiak.

Caranya adalah dengan sediakan 1 sudu makan kapur sirih dengan air lemon sehingga berbentuk paste (pes). Sebelum sapukan pada ketiak anda, pastikan ketiak dalam keadaan yang bersih. Biarkan selama lebih kurang 30 minit. Kemudian, basuh dengan air suam sehingga betul-betul bersih.

4. Betik muda

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 4

Betik muda mempunyai bahan papain yang dapat menghalang pertumbuhan rambut daripada tumbuh semula pada kulit ketiak anda. Selain itu, ia juga boleh mencerahkan kawasan kulit ketiak anda secara semulajadi.

Caranya adalah dengan menghancurkan buah betik dengan menggunakan blender. Kemudian, tambahkan dengan gel lidah buaya untuk hasil yang terbaik. Sapukan campuran tersebut pada kulit ketiak anda sehingga rata dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Bersihkan dengan air sejuk.

5. Timun

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 5

Timun diperkaya dengan bahan antioksidan dan silica yang baik untuk kulit ketiak anda. Selain itu, ia juga dapat mencerahkan kulit ketiak anda dan memberikan sensasi yang segar. Caranya adalah dengan parut timun, kemudian sapukan pada kulit ketiak anda. Biarkan selama lebih kurang 15 minit, lalu basuh dengan air suam.

6. Bengkuang

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 6

Selain boleh mencerahkan kulit ketiak, bengkuang juga dapat mengatasi cara untuk menghilangkan bulu ketiak secara semulajadi. Caranya adalah dengan tumbuk bengkuang sehingga halus. Kemudian, sapukan pada kulit ketiak anda secara rata. Biarkan seketika lalu basuh dengan kain yang telah direndam dengan air suam. Lakukan rawatan ini secara rutin agar anda dapat merasakan khasiat bengkuang tersebut.

7. Lobak

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 7

Lobak merupakan jenis sayuran segar dan mempunyai rasa yang sedikit pahit. Selain itu, ia juga boleh anda gunakan sebagai cara untuk menghilangkan bulu ketiak dan mencerahkannya dengan cepat dan secara semulajadi.

Caranya adalah dengan menghaluskan lobak menggunakan blender sehingga lembut. Kemudian, sapukan pada ketiak anda dan biarkan sehingga mengering. Lakukan rawatan ini secara rutin dan teratur sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

8. Lada

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 8

Lada merupakan perasa rempah yang memiliki rasa panas dan sering kali dijadikan sebagai perasa masakan. Selain itu, ia juga dimanfaatkan sebagai cara untuk menghilangkan bulu ketiak secara semulajadi dan kekal.

Caranya adalah dengan sediakan 10 biji lada, 3 biji kapur barus dan 1 sudu minyak tanah. Kemudian, tumbuk semua bahan tadi dalam satu bekas sehingga halus dan lembut. Sapukan pada kawasan kulit ketiak dan biarkan sehingga mengering.

9. Madu

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 9

Madu boleh dijadikan sebagai cara untuk menghilangkan bulu ketiak secara semulajadi dan rawatan masker untuk memutihkan ketiak yang sangat selamat dan tentunya mudah untuk anda lakukan sendiri dirumah.

Caranya adalah dengan mencampurkan madu dengan air jus limau nipis secukupnya. Kemudian, sapukan secara merata pada kawasan ketiak. Biarkan sehingga mengering dan basuh dengan air sehingga bersih.

10. Tawas

10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi 10

Tawas merupakan bahan yang biasa anda gunakan untuk menjernihkan air dan ternyata ia juga boleh menghilangkan bulu ketiak secara semulajadi tanpa mencukur yang sangat mudah untuk anda lakukan sendiri di rumah.

Caranya adalah dengan mencampurkan tawas atau kapur barus dengan air bersih atau air mawar. Kemudian, sapukan pada ketiak anda secara rata dan biarkan sehingga mengering. Lakukan rawatan ini secara rutin dan teratur.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.