Utama Badan 10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke...

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Wanita pada masa kini sering kali mengalami masalah pada kuku seperti rapuh, kusam atau berwarna kuning. Jadi, anda boleh manfaatkan bahan-bahan semulajadi ini untuk mengatasinya dan ia juga agak mudah untuk didapati. Berikut adalah sepuluh bahan semulajadi untuk kuku yang sihat dan cantik iaitu:

1. Air Lemon

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 1

Air lemon dapat membantu kuku anda agar tidak menjadi kusam bagi yang sering mewarnai kuku dengan pengilat kuku. Anda perlu mencuba rawatan semulajadi dengan menggunakan air lemon sekiranya kuku anda menjadi rapuh kerana kerap sekali mengggunakan pengilat kuku. Perah satu buah lemon dan sapukan pada kuku anda dengan menggunakan kapas.

2. Aloe Vera

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 2

Aloe Vera atau lidah buaya boleh menjadikan kuku anda lebih berkilat. Kandungan vitamin yang ada di dalam lidah buaya ini dapat menjadikan kuku anda lebih berkilat. Caranya mudah saja dengan mengambil sebatang lidah buaya dan dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian, sapukan getahnya pada kuku anda. Sebaiknya gunakan secara rutin dan akan menyebabkan kuku anda akan kelihatan lebih berkilat dalam masa kurang dari seminggu.

3. Garam

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 3

Bagi menginginkan kuku yang lebih cantik dan sihat anda boleh menggunakan campuran garam, lemon, minyak gandum dan air suam. Campurkan tiga sudu makan garam, lemon dan minyak gandum dengan air suam lalu kacau sehingga rata. Sapukanlah campuran tersebut pada kuku anda lalu urutlah secara perlahan.

Selepas itu, biarkan selama lebih kurang 15 minit agar bahan-bahan tersebut dapat menyerap masuk ke kuku anda secara sempurna. Jika sudah dibiarkan selama 15 minit, keringkan kuku anda lalu sapukan dengan krim tangan. Lakukan perkara tersebut secara berkala untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

4. Minyak Zaitun

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 4

Minyak zaitun boleh digunakan untuk mengurut jari dan kuku anda sehingga dapat mengekalkan kelembapannya. Campurkan satu sudu makan minyak zaitun dengan jus lemon lalu sapukan pada kuku anda sehingga rata. Bukan hanya disapukan sahaja tetapi jangan lupa untuk mengurutnya secara perlahan-lahan.

5. Bawang Putih

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 5

Bawang putih ini anda boleh gunakan untuk mengatasi kuku yang rapuh sehingga boleh menjadi kuat dan tidak mudah patah. Sediakan sepotong bawang putih yang telah dibelah separuh. Selepas itu, gosokkanlah bawang putih tadi ke kuku anda atau boleh juga dihancurkan dan dilumurkan pada kuku.

Akhirnya, biarkan lebih kurang 15-30 minit sebelum dibersihkan. Basuhlah dengan menggunakan sabun sekiranya anda merasa tidak tahan dengan baunya. Lakukanlah secara rutin untuk mendapatkan kuku yang cantik, sihat dan tidak rapuh.

6. Krim Kuku

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 6

Sapukan krim kuku pada setiap malam sebelum tidur bagi membantu kuku anda agar lebih sihat dan tidak mudah rapuh. Salah satu cara untuk menyihatkan kuku yang mudah rapuh adalah dengan cara melembapkan kuku anda dengan krim kuku. Sapukan krim kuku pada setiap malam pada kuku anda sebelum tidur. Ini dapat memelihara kesihatan dan menjadikan kuku anda lebih sihat.

7. Minyak Kelapa

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 7

Minyak kelapa berfungsi untuk melembapkan, menguatkan kuku agar tidak mudah rapuh dan meningkatkan peredaran darah. Sediakan satu sudu makan minyak kelapa lalu campurkan dengan air suam. Seterusnya, sapukanlah pada kuku anda lalu urutlah secara perlahan-lahan. Selain meningkatkan peredaran darah di tangan anda, ia juga memiliki kebaikan yang sangat penting untuk kuku anda iaitu dapat melembapkan dan menguatkan kuku anda supaya tidak mudah rapuh.

8. Vitamin E dan Madu

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 8

Madu mempunyai banyak kebaikan iaitu dapat menjaga kesihatan kuku anda dengan baik. Campurkan madu dengan vitamin E akan memperolehi khasiat yang berlipat kali ganda. Kemudian sapukan campuran tadi pada kuku anda. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air bersih. Lakukan rutin ini setiap hari dan anda akan mendapatkan hasil yang memuaskan.

9. Limau Nipis

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 9

Sekiranya kuku kelihatan kusam, anda boleh merendam kuku di dalam campuran air suam dan limau nipis. Ia sangat bermanfaat untuk menjadikan kuku anda tidak kusam dan lebih sihat. Caranya adalah sangat mudah dengan hanya merendam kuku dengan air suam yang telah dicampurkan dengan limau nipis selama beberapa minit. Selepas itu, keringkan kuku anda dengan menggunakan tuala atau sapu tangan dan lakukanlah ia secara teratur supaya kuku anda menjadi lebih sihat dan cantik.

10. Belimbing

10 Cara Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Spa 10

Anda boleh menggunakan belimbing untuk membersihkan kotoran di celah-celah kuku sekaligus menjadikan kuku lebih kuat dan tidak mudah patah. Caranya adalah dengan hanya mengosokkan belimbing pada kuku yang ingin dibersihkan, kemudian basuh dengan air bersih. Lakukanlah selama 1 minggu 2 kali untuk mendapatkan kuku yang bersih dan kuat.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...