Utama Muka 10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Kulit muka yang tidak berseri dan kelihatan kusam akan membuatkan keyakinan diri seseorang semakin berkurang dan penampilan yang kurang menarik. Setiap wanita mendambakan kulit muka yang cerah dan bersih sehinggakan ada yang menggunakan produk krim pencerah yang banyak dijual dipasaran pada masa kini. Cara mencerahkan muka secara semulajadi adalah lebih selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan pada kulit muka.

Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi

1. Avokado

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 1

Avokado sangat baik dalam mencerahkan dan melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan kerana ia mempunyai banyak bahan antioksidan, vitamin C dan E.

Tambahan pula, vitamin E berfungsi untuk membantu mencegah penuaan daripada berlaku yang disebabkan oleh sinaran matahari manakala vitamin C pula merupakan bahan yang diperlukan untuk menjadikan kulit cerah, elastin dan kolagen supaya kulit muka lebih anjal serta cerah sempurna. Caranya adalah dengan menghaluskan avokado sehingga lembut. Kemudian, sapukan pada muka dengan rata dan biarkan selama lebih kurang 25 minit. Seterusnya, basuh dengan air bersih.

2. Yogurt

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 2

Yogurt merupakan produk tenusu yang mengandungi zinc dan calcium. Zinc berfungsi untuk membantu mengatasi masalah kulit muka manakala calcium pula dapat mencegah kulit kering.

Selain itu, ia juga mengandungi vitamin B kompleks yang mampu membuatkan kulit muka anda lebih sihat dan berseri secara semulajadi. Sediakan yogurt yang fresh tanpa rasa yang akan digunakan sebagai masker muka. Kemudian, sapukan pada muka dan urut dengan lembut. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 5 minit dan basuh dengan air suam.

3. Betik

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 3

Betik mengandungi papain yang dapat membantu proses regenerasi sel-sel kulit. Selain itu, ia diperkaya dengan vitamin A, C dan E sebagai antioksidan yang turut membantu dalam melembapkan dan memberikan khasiat pada kulit muka anda.

Caranya adalah dengan menghaluskan betik sehingga lembut yang akan digunakan sebagai masker muka. Kemudian, biarkan ia selama lebih kurang 30 minit dan basuh dengan air suam. Dengan melakukan rawatan ini secara kerap selama dua hingga tiga kali dalam seminggu, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih cerah secara semulajadi.

4. Lemon

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 4

Lemon sangat kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Selain itu, ia juga mengandungi alpha hydroxy acid yang mampu melawan radikal bebas pada kulit muka anda. Sapukan jus lemon pada muka anda dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Seterusnya, basuh dengan air suam.

5. Strawberi

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 5

Strawberi diperkaya dengan ellagic acid yang sangat baik dalam mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada muka dan dapat mencerahkan kulit muka anda secara semulajadi. Caranya adalah dengan menghancurkan buah strawberi sehingga lembut dan campurkan dengan susu sehingga ia menjadi kental yang akan digunakan sebagai masker muka. Seterusnya, basuh dengan air bersih.

6. Susu

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 6

Terdapat kolagen pada kulit muka supaya ia kelihatan lebih anjal dan tidak berkedut. Susu mengandungi vitamin D dan B6 yang sangat baik dalam meningkatkan penghasilan kolagen serta menjaga agar kulit lebih lembap dan sihat sepanjang hari. Sediakan dua sudu besar susu segar dengan satu sudu besar madu yang akan dijadikan sebagai masker muka. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 30 minit dan basuh dengan air bersih.

7. Madu

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 7

Madu merupakan pelembap semulajadi yang sangat baik pada kulit. Selain itu, ia juga dapat mencerahkan kulit kerana kaya dengan antioksidan dan mampu menghilangkan sel-sel kulit mati pada kulit muka anda. Caranya adalah dengan mengambil satu sudu besar madu dan sapukan pada muka anda. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 30 minit dan basuh dengan air bersih.

8. Minyak Zaitun

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 8

Bahan linoleic acid di dalam minyak zaitun akan dapat membantu menjaga air pada kulit muka anda supaya kedutan tidak muncul pada usia yang muda. Tambahan pula, ia mengandungi banyak antioksidan yang dikenali sebagai polyphenols yang dapat membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan satu sudu besar madu yang akan digunakan sebagai masker muka. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 10 minit dan basuh dengan air bersih.

9. Putih Telur

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 9

Putih telur dapat membuatkan kulit lebih anjal dan cerah kerana ia kaya dengan protein serta sumber mikronutrien. Selain itu, ia juga digunakan sebagai masker muka agar kulit muka anda kelihatan lebih berseri dan cerah sempurna. Bagi mengelakkan bau hanyir, anda boleh menambahkan satu sudu besar jus lemon ataupun limau nipis.

10. Tomato

10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan 10

Tomato mengandungi lycopene yang dapat melawan radikal bebas supaya kulit muka kelihatan lebih cerah dan berseri. Selain itu, ia juga dapat menjadi pelindung matahari yang semulajadi untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV. Caranya adalah dengan melenyekkan tomato sehingga lembut dan sapukan pada muka anda. Seterusnya, biarkan ia selama lebih kurang 30 minit dan basuh dengan air bersih.

Baca Lagi: 23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...