Utama Badan 10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Setiap wanita menginginkan kulit badan yang putih dan mulus sehinggakan mereka sanggup menggunakan pelbagai cara untuk memutihkan kulit iaitu dengan melakukan suntikan vitamin C atau rawatan kulit badan di klinik kecantikan dan memerlukan kos yang agak tinggi. Namun, anda juga boleh memiliki kulit putih yang bersih dengan mudah dan murah iaitu dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Berikut adalah sepuluh cara mencerahkan kulit badan secara semulajadi iaitu:

1. Susu

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 1

Kolagen yang terdapat di dalam kulit berfungsi untuk menjaga kulit agar lebih kenyal dan tidak berkedut. Susu mengandungi vitamin D yang boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan vitamin B6 yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan serta kelembapan kulit. Caranya adalah dengan campurkan satu gelas susu segar dengan empat sudu besar madu sehingga menjadi lulur. Kemudian, sapukan lulur tadi pada tubuh badan anda dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Seterusnya, basuh dengan air bersih atau mandi.

2. Minyak Zaitun

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 2

Minyak zaitun mengandungi bahan linoleic acid yang berfungsi untuk menjaga keseimbangan kandungan air di dalam kulit. Selain itu, ia juga mengandungi banyak antioksidan seperti polyphenols yang berfungsi untuk melindungi sel-sel daripada rosak. Campurkan empat sudu besar minyak zaitun dengan dua sudu besar madu. Seterusnya, anda boleh menggunakannya sebagai lulur setiap kali selepas mandi.

3. Tomato

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 3

Lycopene yang terdapat di dalam tomato telah terbukti dapat mencegah radikal bebas sehingga membuatkan kulit menjadi lebih cerah dan berseri-seri. Tomato juga dapat berfungsi sebagai pelindung matahari semulajadi untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV. Caranya adalah dengan tumbuk halus tomato sehingga menjadi lulur. Kemudian, sapukan lulur tadi pada seluruh tubuh badan anda dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Seterusnya, basuh dengan air bersih atau mandi.

4. Air Beras

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 4

Anda boleh menggunakan air yang telah digunakan untuk membasuh beras apabila anda ingin memasak nasi. Hal ini kerana beras mengandungi ferulic acid dan allantoin yang berfungsi untuk melindungi serta memutihkan kulit. Ketika anda ingin memasak nasi, janganlah buang airnya tetapi biarkan air beras agar lebih mengendap. Seterusnya, anda boleh menggunakan endapan air beras tadi sebagai lulur semulajadi.

5. Oatmeal

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 5

Oatmeal mengandungi banyak antioksidan yang berfungsi untuk melindungi tubuh badan daripada radikal bebas terutamanya bagi kulit anda. Caranya adalah dengan sediakan oatmeal dan air yang secukupnya. Kemudian, campurkan kesemua bahan tadi sehingga menjadi lulur. Seterusnya, basuh dengan air bersih atau mandi.

6. Yogurt

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 6

Yogurt mengandungi calcium dan zinc yang berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit agar kulit tetap lembap manakala zinc pula berguna untuk mengatasi masalah kulit. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin B kompleks yang juga dapat menyihatkan kulit anda dan membuatkan kulit menjadi lebih bersih serta cerah secara semulajadi. Caranya adalah dengan sediakan yogurt segar tanpa rasa dan anda boleh menggunakannya sebagai lulur pada tubuh badan.

7. Madu

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 7

Madu boleh berfungsi sebagai pelembap semulajadi dan juga boleh mencerahkan kulit. Hal ini kerana madu kaya dengan antioksidan yang juga dapat menghilangkan sel-sel kulit mati. Caranya adalah dengan sediakan madu secukupnya dan sapukan madu pada seluruh tubuh badan anda. Kemudian, biarkan selama lebih kurang 30 minit. Seterusnya, basuh dengan air bersih atau mandi.

8. Strawberi

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 8

Ellagic acid yang terdapat di dalam buah strawberi berfungsi untuk menghilangkan bintik hitam pada kulit dan dapat mencerahkan kulit anda secara semulajadi. Caranya adalah dengan sediakan buah strawberi dan haluskan. Kemudian, campurkan ia dengan susu sehingga menjadi kental dan anda boleh menggunakannya sebagai lulur pada tubuh badan anda.

9. Avokado

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 9

Avokado mengandungi mineral, vitamin dan minyak semulajadi yang dapat menjaga kesihatan dan kelembapan kulit. Selain itu, ia juga dapat mencerahkan kulit secara efektif. Sediakan dua-tiga buah avokado yang segar. Kemudian, haluskan ia dengan menggunakan blender dan campurkan dengan air secukupnya. Sapukan lulur tadi pada tubuh badan anda dan biarkan selama lebih kurang 10-15 minit. Seterusnya, basuh badan anda dengan menggunakan air bersih. Lakukan rawatan ini secara kerap setiap hari sebelum mandi.

10. Lemon

10 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi 10

Lemon diperkaya dengan antioksidan dan vitamin C. Selain itu, ia juga mengandungi alpha hydroxy acid yang berfungsi untuk mencegah radikal bebas yang terdapat di dalam kulit anda. Sediakan buah lemon dan perah. Kemudian, sapukan ia pada kulit anda dan biarkan selama beberapa minit. Seterusnya, basuh dengan menggunakan air bersih dan mandi seperti biasa.

Baca Lagi: 10 Cara Memutihkan Muka Secara Semulajadi Dengan Berkesan

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...