BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

10 Cara Memulihkan Rambut Yang Rosak Agar Lebih Sihat

0 9,118

Adakah rambut anda kering, rapuh, gugur, berminyak, mengembang, berkelemumur, berkutu dan masalah lainnya yang menjengkelkan? Itu tandanya rambut anda mengalami kerosakan disebabkan syampu yang digunakan tidak sesuai, faktor makanan dan minuman, faktor persekitaran dan styling.

Ciri-ciri rambut yang rosak adalah rambut yang terasa kering, rapuh dan gugur. Berikut adalah 10 cara memulihkan rambut yang rosak agar lebih sihat iaitu:

1. Syampu

Syampu merupakan aktiviti setiap hari yang mana ia adalah kunci bagi memulihkan rambut yang rosak. Gunakanlah syampu yang mengandungi kandungan PH yang seimbang. Selain itu, pilih syampu yang mengandungi banyak vitamin seperti vitamin E, B3 dan B5 yang sangat baik untuk rambut anda.

Namun, perlu diperhatikan bahawa anda tidak disarankan untuk menggunakan syampu rambut setiap hari dan paling minima adalah dua hari sekali agar rambut anda tidak kehilangan kelembapan semulajadinya. Tetapi, anda jangan pula jarang untuk syampu rambut kerana ia akan mudah kotor dan akan lebih senang untuk rosak. Jadi, anda perlu syampu rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali dan maksimum tiga hari sekali.

2. Conditioner

Setelah syampu, pastikan anda menggunakan conditioner juga kerana ia akan membuat rambut menjadi lebih lembut seketika. Lebih-lebih lagi, ia juga dapat merawat rambut daripada akarnya dan sangat sesuai untuk rambut yang sedang bermasalah. Sekiranya rambut anda mengalami kerosakan yang teruk gunakanlah conditioner dengan label deep conditioning.

3. Creambath

Sebulan sekali rambut anda perlu dimanjakan dengan treatment creambath dan krim ini berguna untuk menyihatkan semula rambut anda yang rosak. Selain itu, anda juga boleh pergi ke salon rambut ataupun melakukannya sendiri di rumah. Bagi mengetahui cara-cara membuat creambath sendiri di rumah, klik di sini.

4. Hair Mask/Spa

Hair mask dan hair spa merupakan level up daripada creambath. Jika di salon rambut harga kedua rawatan ini agak lebih mahal daripada creambath kerana krim hair spa dan hair mask dapat menyihatkan lebih dalam rambut anda, jadinya wajar kalau harganya lebih mahal daripada creambath.

5. Vitamin Rambut

Penggunaan vitamin rambut adalah perkara yang wajib dalam memulihkan rambut yang rosak terutamanya untuk rambut yang rosak disebabkan smoothing dan rebonding. Bagi memulihkan rambut yang sihat semula, rambut anda memerlukan vitamin rambut yang cukup dan mungkin kurang maksimum diperolehi hanya daripada syampu sahaja.

Terdapat pelbagai bentuk vitamin rambut seperti spray, oil dan vitamin untuk diminum. Anda dapat membeli pelbagai bentuk vitamin rambut dipasaran dan secara online.

6. Hair Tonic

Selain vitamin, rambut juga memerlukan produk iaitu hair tonic. Sekiranya rambut anda telah rosak yang mana boleh menyebabkan keguguran rambut dan kebotakan, jadinya hair tonic adalah benda yang wajib anda gunakan.

Selain itu, hair tonic berfungsi dengan sangat baik untuk mengurangkan keguguran rambut dan juga akan merangsang pertumbuhan rambut baru supaya menjadi lebih sihat.

7. Memotong Rambut

Mungkin anda tidak pernah terbayang sebelum ini bahawa cara-cara untuk memulihkan rambut rosak adalah dengan menggunting rambut. Hal ini kerana tujuan utama pemotongan rambut adalah untuk memastikan agar bahagian rambut mati dapat dibuang. Oleh itu, hujung rambut yang telah rosak tidak akan merosakkan keseluruhan rambut anda sehingga ke akar.

8. Makan Makanan Yang Mempunyai Nutrisi

Anda perlu makan makanan yang sihat kerana rambut juga memerlukan penjagaan daripada dalam dan bukan hanya daripada luar sahaja. Makanan yang baik untuk rambut adalah yang mempunyai banyak kandungan Omega 3, 6 dan asam lemak penting seperti ikan salmon, ikan tuna, kenari, sayur-sayuran hijau serta kekacang.

9. Minum Air Masak

Air masak adalah sangat penting yang mana diperlukan oleh seluruh badan dan rambut anda. Jika rambut anda rosak dan teruk digalakkan untuk minum air masak secukupnya kerana ia mengandungi protein, lipid dan air. Seandainya badan anda kekurangan air akan menyebabkan rambut anda rosak dan teruk.

10. Hindari Alkohol

Cara-cara untuk memulihkan rambut rosak yang terakhir adalah dengan mengurangkan pengambilan alkohol kerana ia adalah salah satu penyebab kepada kerosakan rambut yang lebih serius.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.