Utama Make Up 10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Makeup natural boleh membuatkan anda kelihatan lebih menawan dan cantik semulajadi. Selain itu, jenis makeup ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih muda dan segar. Penggunaan makeup natural juga mempunyai teknik dan rahsia tersendiri walaupun makeup tersebut kelihatan sederhana. Berikut adalah sepuluh cara makeup natural yang mudah untuk dilakukan setiap hari iaitu:

1. Pastikan Kulit Muka Bersih Sebelum Menggunakan Makeup

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 1

Anda perlu untuk membersihkan kulit muka daripada kotoran dan debu sebelum menggunakan makeup. Selain itu, makeup juga akan mudah luntur dan tidak tahan lama apabila anda menggunakannya pada muka yang kotor.

2. Penggunaan Pelembap Pada Kulit Muka

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 2

Selepas mencuci muka, anda perlu menggunakan moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit muka. Moisturizer bukan sahaja boleh melembapkan, ia turut boleh menjaga kekenyalan dan mencegah penuaan pada muka. Penggunaan makeup akan menjadi lebih mudah ketika kulit muka anda dalam keadaan lembap.

3. Pilih Foundation Yang Ringan

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 3

Bagi makeup natural untuk setiap hari, anda perlu menggunakan foundation yang mempunyai tekstur cair dan ringan agar tidak membuatkan kulit muka kelihatan cakey. Produk foundation yang berasaskan air sangat sesuai untuk hasil makeup natural.

Selain itu, pastikan anda memilih warna yang sesuai dengan tona kulit muka. Bukan hanya jenis dan warna sahaja tetapi cara menggunakan makeup turut dapat mempengaruhi hasil solekan anda. Anda boleh menggunakan sponge makeup atau brush yang khas untuk foundation sekiranya anda menginginkan hasil yang natural.

4. Guna Concealer Pada Kawasan Yang Diperlukan

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 4

Sebaiknya anda memilih concealer yang hasilnya natural dengan coverage medium. Biasanya kawasan bawah mata yang sangat memerlukan concealer. Jadi, anda boleh menggunakannya pada bahagian bawah mata sahaja.

5. Set Makeup Dengan Translucent Powder Yang Digunakan Dengan Berus

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 5

Anda perlu set seluruh makeup dengan menggunakan bedak. Pilihlah bedak tabur yang translucent atau tidak berwarna agar lebih natural. Selain itu, sapukan bedak dengan menggunakan berus supaya ia rata ke seluruh muka dan leher yang membolehkan makeup anda tahan dengan lebih lama.

6. Pilih Warna Natural Untuk Solekan Mata Atau Hanya Cukup Menggunakan Maskara

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 6

Pilihlah eyeshadow dengan warna yang natural seperti coklat muda sekiranya anda ingin menonjolkan solekan pada mata. Hindari eyeshadow yang dilengkapi dengan shimmer kerana ia akan membuatkan makeup anda tidak kelihatan natural. Selain itu, anda juga boleh hanya menggunakan maskara pada bulu mata supaya lebih natural secara semulajadi.

7. Elak Daripada Menggunakan Contouring

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 7

Sebaiknya anda tidak perlu menggunakan contouring bagi makeup dengan hasil yang natural. Selain itu, anda boleh menggunakan blush on warna orange di bahagian pipi yang paling menonjol ketika tersenyum agar tidak kelihatan pucat. Sapukan blush on dari hidung ke arah tulang pipi sehingga memberikan ilusi lifting pada muka.

8. Guna Eyeliner Dengan Cara Tightline

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 8

Penggunaan eyeliner dengan cara tightline iaitu dengan hanya menggunakannya dekat pada bawah bulu mata bahagian atas. Cara ini memberikan hasil mata yang lebih tajam dan juga membuatkan makeup anda kelihatan lebih natural. Anda boleh menggunakan eyeliner pensil supaya lebih mudah untuk membuat tightline pada mata.

9. Elakkan Kening Yang Kelihatan On Fleek

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 9

Kening yang kelihatan on fleek dengan highlight akan menyebabkan makeup anda tidak natural. Sebaiknya anda melukis kening yang sesuai dengan bentuk asalnya supaya ia kelihatan lebih natural.

10. Pilih Lipstick Dengan Warna Yang Lembut

10 Cara Makeup Natural Yang Mudah Untuk Anda Lakukan Setiap Hari 10

Anda perlu memilih lipstick dengan warna yang lembut seperti soft pink atau peach. Elakkan warna seperti merah atau warna yang terlalu gelap seperti maroon kerana dua warna tersebut tidak akan membuatkan makeup anda kelihatan natural. Anda juga boleh menggunakan lip tint dengan teknik gradient untuk menghasilkan kesan bibir yang natural.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...